Outsourcing #01

Kering idea untuk menulis telah memaksa aku membuat outsourcing entry dalam Lensa Kamera......dan inilah outsourced entry yang pertama, nukilan anak perempuan aku. Aku membiarkan flow of ideas daripadanya tanpa gangguan kecuali sedikit pembetulan tatabahasa dan setting arrangement supaya sesuai dipaparkan dalam Lensa Kamera. Maklumlah ayat budak darjah 4 sekolah Cina. Secara tidak langsung aku dapat memupuk minat suka menulis kepada anak-anak aku.

"Pada 25/10/09 sekolah aku SRJK(C) Bachang menyambut hari kanak kanak. Hari tu aku bawa chese tart pergi kesekolah sebab kelas aku ada buat jamuan. Lepas tu pukul 7.35 pagi kita orang pun turun kat padang sekolah sebab ada perhimpunan. Semasa perhimpunan tu, aku ngan Tang Kim Yong di panggil ke hadapan. Rupa-rupanya aku dan Tang Kim Yong terpilih sebagai murid cemerlang.

Selepas perhimpunan tu kita orang pun mengadakan jamuan di kelas masing masing. Setelah bersedia dengan jamuan, aku dengan Ng Chui Ting pun pergilah jemput guru besar Mr. Khoo Wan Lee kat kelas 5M. Bila pukul 11.30 pagi Wan aku pun datang bawa ice cream. Aku bagi chese tart dan ice cream pada semua kawan kawan dan cikgu aku. Habis jamuan sedar sedar dah pukul 12 lebih. Ice cream dan chese tart tu mak aku yang buat".

Inilah gambar aku dengan hadiah sebagai murid cemerlang..... Nur Najmina

3 comments:

Anonymous said...

tahniah nur najmina...

darjah 4 jgn dipandang rendah...pemikiran anak2 zaman ini amat geniusssss... tatabahasa boleh diperbaiki lagi...jalan cerita mudah difahami...tahniah jadi pelajar cemerlang...dan tahniah kat mama nur najmina kerana pandai masak cistat dan ice cream...

dr...sahabat sekolah2 lama jothmen

Radhi Dahlan said...

Tahniah Najmina... dari Auntie Didie!

Semoga apa yang dicita-citakan menjadi kenyataan!

Anonymous said...

Thanks to both Auntie for motivating me.
Najmina