Setiap jurugambar mempunyai minat terhadap genre fotograpi yang berbeza. Aku sendiri lebih terarah kepada night photography dan hasilnya banyak koleksi foto aku tergolong di dalam genre ini.
Sebenarnya night photography mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Sesuatu objek yang kelihatan biasa pada waktu siang mampu memegunkan pandangan mata apabila disimbahi sinaran neon pada malam hari. Misalnya objek utama pada foto di dalam post ini ialah replika kapal Portugis yang dikenali sebagai Flor De La Mar dan barisan tiang lampu di persisiran Sg. Melaka. Imej kedua-dua objek ini agak biasa sahaja ketika siang hari tetapi lihat sahaja keindahannya pada waktu malam. Setelah dua hari dimasukkan ke sini, ia telah mencatatkan 34 viewers, 6 komen dan 3 orang memilihnya sebagai favourites mereka.
Namun jika diamati, terdapat sedikit kesan biasan cahaya (flare) di beberapa tempat terutama pada struktur bangunan berwarna putih di tengah-tengah foto. Kesan biasan cahaya itu boleh diatasi dengan menggunakan lense hood atau telapak tangan untuk melindungi lensa kamera dari cahaya lampu persekitaran kerana ketika foto ini diambil terdapat cahaya lampu yang agak terang di hadapan dan di sekeliling kamera. Tetapi apakan daya, teknik asas itu hilang dari ingatan lantaran keindahan yang terpapar di hadapan mata.
Foto ini diambil dengan setting berikut - exposure: 2 seconds, aperture: f/4.5 dan ISO: 200. - Jothmen
2 comments:
Saya memang tengah nak kumpul duit untuk beli satu kamera DSLR yang baru. Jothmen mempunyai perspektif yang berbeza dalam mengambil gambar.
Syabas Didie kerana berazam benda yang baik. Untuk menjadi good photographer perlu banyakkan praktis dan lihat/belajar dari hasil kerja orang lain.
Post a Comment