Obama ..ooo.. Obama


Nampaknya rakyat Amerika Syarikat sudah mengesahkan kehadiran Barack Obama ke Rumah Putih sekaligus memecah tradisi sebagai warga kulit hitam pertama yang mendapat kepercayaan memimpin negara Uncle Sam itu. Namun, pemilihan Obama ini perlu dilihat dalam aspek yang lebih luas iaitu adakah beliau mampu mencorak dasar luar yang baru bagi Amerika Syarikat. Pujian juga harus diberikan kepada warga Amerika Syarikat di atas kesediaan mereka untuk dipimpin oleh seorang Presiden berkulit hitam yang mempunyai kaitan dengan sebuah negara berpenganut Islam terbesar di Asia dan sebuah negara miskin dari benua Afrika. Adakah faktor ini bakal mempengaruhi dasar luar Amerika Syarikat? Sama-samalah kita lihat nanti.

Sungguhpun begitu aku merasakan tidak banyak perubahan besar dalam dasar luar Washington terutama bagi isu-isu berkaitan Islam khususnya pendirian mengenai Palestin, Iraq dan Iran. Satu fakta yang tidak boleh diketepikan ialah pentadbiran Washington masih lagi diterajui oleh golongan pro Yahudi. Oleh itu aku pasti dasar Washington terhadap Israeal tidak akan berubah malah diteruskan oleh pentadbiran baru ini. Dalam ertikata lain keputusan Obama nanti tentu akan mengambilkira kepentingan hubungan Washington dengan Israel.

Memang sudah menjadi tradisi akan ada harapan dunia terhadap Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih. Tetapi harapan tinggal harapan. Lihatlah apa harapan dunia kepada Clinton, Bush serta presiden terdahulu ketika mereka terpilih sebagai Presiden Amereka Syarikat....... Jothmen

Sumber foto: Utusan Malaysia (6/11/08)

2 comments:

Anonymous said...

Pertama kali saya kenal Obama melalui rancangan Oprah Winfrey pada tahun lepas. Pada masa itu , beliau masih lagi seorang Mayor. Sebab itu, jika dilihat diawal penglibatan Obama untuk masuk bertanding menjadi Presiden, beliau mendapat sokongan dan publisiti yang luas daripada Oprah.
Mungkin ada sedikit perubahan dalam cara pentadbiran. Tetapi dari segi ideologi nak nampak perubahan dalam masa dua term bukan satu perkara yang mudah.

Anonymous said...

who obama??emmm i dont like. .