Cantik Dan Berguna

Imej di sebelah adalah bunga kantan yang juga dikenali dengan nama saintifiknya sebagai phaeomorio speciosai. Tergolong dalam keluarga lengkuas dan halia, kantan dikategorikan sebagai tanaman herba dalam kalangan masyarakat Melayu.  Disebabkan fakta inilah bunga kantan amat sinonim dalam masakan masyarakat Melayu terutama sebagai bahan perasa dalam kuah laksa dan ulam nasi kerabu...pergh!!

Cantik dan berguna.  Itulah kesimpulan aku ketika merakam foto ini yang menjulang dicelah-celah serumpun pokok kantan di belakang rumah aku.  Cantik dan berguna kerana hampir setiap bahagian pokok kantan ini ada manfaatnya.  Aku pernah diberitahu bahawa batangnya boleh mengubati sakit bengkak-bengkak, buahnya boleh menambah selera makan (ulam), dan ubinya sebagai perisa dalam masakan.  Paling biasa aku menggunakan manfaat pokok kantan adalah pada bunganya.  Namun begitu baru-baru ini aku ternampak bahagian batang dan bunganya digunakan dalam gubahan bunga moden!!

Itulah dia begitu bergunanya pokok yang biasa ditanam dibahagian belakang rumah ini.    

Sebenarnya analogi pokok dan bunga kantan ini juga amat sesuai untuk diadaptasi dalam hidup kita.  Biarlah kita menjadi manusia yang berguna dalam setiap rangka kehidupan, sama ada sebagai individu, anak, ibu bapa, ketua, pekerja dan sebagainya.  - Jothmen

1 comment:

nonie said...

Sekarang ni Mr. Jothmen bunga kantan dah naik harga..dah dicommercial kan.Sekarang harga sebatang RM1.80 hingga RM2.00 bergantung pd saiz. Tapi ok la juga, at least para petani kecil boleh tambah punca pendapatan mereka. Tapi tak tahu pula yang ubi dia boleh dimakan.