Wajah Asing

Oleh kerana foto adalah tema Lensa Kamera maka satu lagi foto aku paparkan disini.  Foto ini diambil ketika kunjungan aku ke Taman Seribu Bunga baru-baru ini.   Walaupun namanya begitu tapi rasanya bunga-bunga di situ tak adalah sebanyak nama taman itu.  

Penampilan kudup bunga warna unggu ini amat menarik perhatian tambahan lagi dengan pangkalnya yang berbulu dengan kontras warna hijau dan kemerahan.  Untuk mendapatkan imej yang satu ini,  aku menghabiskan masa lebih setengah jam di satu sudut  bagi mendapatkan komposisi yang  sesuai.  Keadaan hari yang berangin pula amat menyukarkan aku  yang menggunakan Tamron SP90 untuk mendapatkan fokus yang baik dengan menggunakan aperture priority.  Tetapi setelah bertukar kepada mode manual dan dengan shutter speed  yang lebih laju, akhirnya aku berjaya memperolehi imej yang jelas ini.  Foto ini diambil menggunakan shutter speed 1/500 sec pada f.8, ISO200.

Okey....biarkan pasal foto di atas itu sebegitu.

Sebenarnya pada hari pertama Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku dan keluarga menuju ke selatan tanah air mengunjungi kenalan di sana disamping menjamu selera.  Pada kesempatan yang sama, dapatlah juga aku meninjau  banjir dan kesan selepas banjir di beberapa tempat  sepanjang perjalanan.  Diperhatikan banyak kawasan tali air dan anak sungai menjadi tumpuan masyarakat setempat mencari ikan.  Bagaikan berpesta!

Sepanjang ingatan aku, kami sekeluarga agak kerap mengunjungi bandar itu terutama pada hari minggu dan bagi aku pemandangan pada hari minggu dan cuti umum di bandar itu adalah setanding dengan  pemandangan di Bandaraya  Kuala Lumpur.  Setanding bukan kerana bangunan pencakar langit tetapi wajah-wajah asing yang memenuhi ruang dalam bandar. Tak salah kalau dikatakan Jalan Saleh dan Jalan Abdullah (kalau tak silap) dikuasai warga asing.  Terasa seperti berada di negara asing.

Melihatkan suasana seperti ini membuatkan aku tersenyum sendirian.  Manakan tidak....kumpulan ini bagaikan berkelah di bawah menara jam dan ada yang duduk-duduk atas rumput di kawasan lapang.....dan tentu sekali ditengah panas terik!  Waktu itu jam  besar di menara menunjukkan 1 tengahari.

Selain dari menara jam itu, terdapat juga kumpulan lain yang ramai di kawasan sebuah bank dan beberapa outlet  berdekatan yang lain hinggakan anak aku ketakutan  dan mengunci pintu kereta ketika aku keluar ke mesin ATM berhampiran.

Sesungguhnya  aku  amat terasa nikmat berada di bumi bertuah ini lebih-lebih lagi tatkala di beberapa penjuru dunia berlaku kacau bilau dan keadaan tidak aman hingga mendatangkan ketakutan, bukan sahaja kepada warga asing di situ tetapi juga kepada warganya sendiri.- Jothmen

3 comments:

Mohamad said...

Salam jothman..
Cantik gambar2 tu.. betapa indahnya alam ciptaannya.. syahdu..

Jothmen said...

Wa'alaikumussalam Moshar

Betul tu alam kita ni memang indah dan lebih bermakna jika kita tau menilainya.

Anonymous said...

tahniah dgn gmbr terbaru tuu mmg cantekkk..betul kata moshar.. kalau moshar nak dtg ke melaka boleh lah byk sesangat tpt2 utk riadah.. tak mcm negeri kelahiran kita tuu.. kesian kan...beberapa kerat jer ada... kalau bunga2 nya agak kurengg dari namanya lebih baik kami batalkan hasrat nak pergi cuti nanti..