GANYANG !!!!

Kadang-kadang aku geli hati tidak terhingga dan ada kalanya marah yang teramat sangat melihatkan tindakan tidak bertamadun puak-puak yang hilang akal di Indonesia bagi apa sahaja isu yang melibatkan negara itu dengan Malaysia. Aku melihat tindakan tidak bertamadun ini sebagai lahir dari perasaan iri hati, sakit hati dan cemburu puak-puak ini dengan kejayaan dan kemakmuran yang sedang dan akan terus dikecapi Malaysia.

Puak-puak ini tentunya masih menebal dengan anggapan superiority Indonesia ke atas Malaysia ekoran susur galur sejarah dalam hubungan dua hala kedua-dua negara terutama di era sebelum dan awal kemerdekaan Malaysia. Pendek kata perasaan itu wujud kerana 'adik' ini yang pernah diganyang suatu ketika dulu (kononnya) telah mengorak langkah menjadi lebih baik dari 'abang'nya. Maka itu tidak hairanlah anggapan superiority yang masih menebal itu masih terbawa-bawa hingga kini malah dengan bongkaknya puak-puak ini masih mahu meneruskan ganyang mereka ke atas Malaysia.

Perkataan 'ganyang' memang mudah disebut tetapi mungkin puak-puak ini tidak didedahkan atau dikisahkan dengan sejelas-jelasnya nasib tentera malah komando mereka yang dihantar untuk menganyang Malaya suatu ketika dulu? Ada komando mereka yang merayu 'minta nyawa' dari orang yang hendak diganyangnya itu. Tanyalah para veteran kita yang mengetahui perkara ini.

Aku bukannya mahu mencurah petrol ke api tetapi di kala negara ibunda ini menyambut ulangtahun kemerdekaan, tindakan puak-puak ini amat mencabar jiwa raga aku sebagai anak watan Malaysia. Apa yang lebih menghairankan adalah pihak-pihak yang sepatutnya memainkan peranan untuk menjernihkan keadaan telah tidak berfungsi seperti sepatutnya. Seperti laporan akhbar tempatan, sesetengah media Indonesia amat ghairah mencanangkan apa sahaja isu yang melibatkan Malaysia/Indonesia bagi menyemarakkan perasaan marah puak-puak tidak bertamadun ini.

Umum mengetahui bahawa media mempunyai pengaruh yang amat kuat malah terbukti peranan media boleh menjatuhkan sebuah kerajaan sekalipun. Oleh itu selagi ada unsur-unsur sebegini di Indonesia termasuk sebilangan orang politik yang berkepentingan di sana maka selagi itulah puak-puak ini akan dapat menambahkan pengaruh malah pengikutnya. Aku tidak mahu mengulas panjang lebar kerana tahu had dan batasannya. Cukuplah untuk anak watan Malaysia menilai kewajaran perilaku golongan ini di sana.

Rumusan yang aku boleh buat berdasarkan kecetekan akal dan ilmu yang ada ini adalah Malaysia tidak kerugian apa-apapun hasil provokasi dan tindakan mahu menganyang Malaysia oleh puak-puak ini, baik dari segi sosial mahupun ekonomi. Fakta dan nombor boleh membuktikan kenyataan ini.

Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana walaupun provokasi puak-puak pressure group di Indonesia amat kuat tetapi rakan-rakan anak watan Malaysia tidak terikut-ikut dengan rentak bodoh dan tidak bertamadun itu. Itulah qualiti watan Malaysia berbanding Bendera di sana. - Jothmen

2 comments:

Anonymous said...

Salam saudara,
Dua minggu lepas suami kepada makcik sebelah isteri baru saja menerima surat dari kerajaan Malaysia sebagai penduduk tetap di Malaysia - Beliau berasal dr timur-timur setelah 10 tahun permohonan dan rayuan..Sikapnya tidaklah seperti yang kebanyakkan warga Indonesia yang kita lihat berdemontrasi dan yang tidak berpelajaran walaupun bergelar mahasiswa atau orang besar yang menyokong tindakan sebahagian besar rakyatnya ini. Oleh itu kita berharap kerajaan kita di bawah pimpinan Datuk Sri Najib,perlu menangani masalah ini dengan bijaksana bukan mengikut tindakan mereka yang berpendidikan rendah. Apalah sangat dengan budaya tersebut, jika sepatutnya kita buang jauh-jauh kerana boleh menyesatkan manusia, perkara-perkara syirik dan dilarang oleh agama suci kita... Hanya segelintir, masih ramai yang cintakan kedamaian.

nonie said...

Mereka ni lebih mengikut perasaan dari menggunakan akal fikiran. emmm...agak lama juga mr.jothmen tidak berbicara tentang politik semasa negara serumpun.