Sebenarnya aku sendiripun tidak ingat tarikh foto ini diambil. Namun yang pasti ianya adalah salah satu foto semasa aku sekeluarga pulang bercuti di kampung.
Suatu hari, aku membawa anak-anak aku dan sepupu-sepupu mereka berkelah di sebuah hutan rekreasi yang terletak tidak jauh dari rumah keluarga di kampung. Sedang asyik mandi di air terjun yang dingin di situ, anak bongsu aku mengalami kecederaan pada kakinya. Akibatnya keseronokan dan keghairahan bermain di air terjun terpaksa dihentikan serta merta.
Foto ini diambil semasa kami dalam perjalanan ke tempat letak kereta dan sepanjang perjalanan yang jauhnya hampir 800 meter itu, anak sulung aku mendukung adiknya sepanjang perjalanan tersebut...tanda kasih dan sayang!
Sepanjang perjalanan tersebut juga, aku yang berada di belakang hanya memerhati generasi kedua dan ketiga keluarga aku sambil berfikir sama ada generasi-generasi seterusnya masih mampu menikmati kedamaian di rimba ini. - Jothmen
Sepanjang perjalanan tersebut juga, aku yang berada di belakang hanya memerhati generasi kedua dan ketiga keluarga aku sambil berfikir sama ada generasi-generasi seterusnya masih mampu menikmati kedamaian di rimba ini. - Jothmen
3 comments:
Good iniatiative. Keep it up, bro.!!
tak sangka pulak dia mendukung aku hampir jauh 800 meter.itupun tanda kasih sayang ke !!!
best part : selalunya kita menunjukkan kasih sayang dalam bentuk yang kita sendiri x sedar.
worst part : kita sedar kasih sayang tu ada hanya bila orang tu dah pergi tinggalkan kita.
Post a Comment