Terbakar Selepas Kemalangan: Dimana Silapnya...

Sejak kebelakangan ini amat kerap kita mendapat berita kebakaran kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalanraya.  Hampir setiap minggu terdapat kejadian mengenainya.  Kenapa terjadi begitu?  Kenapa sebelum ini amat jarang terjadinya kejadian kenderaan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan?

Aku tidak arif mengenai isu teknikal kenderaan mahupun unsur-unsur yang terdapat dalam bahan api yang kita isi ke dalam tangki kenderaan.  Walau apapun, setiap kejadian mesti ada penyebabnya apatah lagi jika ianya terlalu kerap berlaku!!.

Sekiranya bilangan kemalangan jalanraya di negara kita dikatakan yang tertinggi di dunia, maka antara penyebabnya adalah sikap pemandu kita apabila berada di jalanraya.  Itulah yang sering dimomokkan kepada kita.  Sebaliknya jika berlaku kebakaran kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, adakah kita masih merujuk kejadian kebakaran kenderaan itu sebagai berpunca daripada sikap pemandu?  Mungkin suku darinya betul iaitu sikap pemandu yang menyebabkan kemalangan tetapi adakah pemandu itu juga yang mencetuskan api kebakaran?  Aku rasa tentu sekali tidak.

Satu perkara yang terlintas dalam benak aku adakah ianya berpunca dari bahan api yang dituang ke dalam tangki kenderaan kita.  Memang tidak disangkal bahan api itu adalah bahan bakar dan bahan api itulah yang memarakkan api kebakaran.  Isunya adalah kenapa 10 - 15 tahun lalu bahan api ini tidak (atau kurang) mencetuskan kebakaran kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.  Kadar kemalangan jalanraya juga tinggi ketika itu!!

Dalam kedaifan mengenai ilmu bahan api ini, aku maklum bahawa petrol di negara ini mengandungi kandungan octane yang tinggi.   Pada masa sekarang petrol di Malaysia dijual dalam 2 kategori iaitu RON 95 dan RON 97.  Sedangkan di Indonesia kandungan octane paling tinggi hanyalah RON 95.  Manakala di India, mereka masih lagi menggunakan RON 89 dan RON 91.  Petrol premium adalah petrol biasa yang ditambah additive dan tidak mengubah kandungan octane.  Di Barat/Eropah pula, ada negara yang telahpun menggunakan RON 100.  Itu senario di Barat/Eropah yang rata-ratanya beriklim sejuk.  Bagaimana pula dengan negara dalam kawasan panas seperti di sini?

Mungkin aku silap....tetapi tak salah rasanya jika pihak yang mahir dalam perkara ini menjelaskan kepada masyarakat mengenai octane atau additive lain dalam petrol supaya masyarakat tidak  terus menuding jari kepada petrol yang dijual di Malaysia sebagai penyebab kebakaran kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Seperti kenyataan aku di awal tadi iaitu setiap kejadian mesti ada penyebabnya apatah lagi jika ianya terlalu kerap berlaku....- Jothmen

5 comments:

Anonymous said...

Jika Mr. Jothmen sebagai pemandu brhemah & cermat pun keliru, apa tah lg kami pemandu2 wanita ni. Yg pasti kami mahu kenderaan yg selamat & enjin yg baik...almaklum jika rosak tgh jln bukankah parah utk kami. Jika info yg diberi oleh pekerja petrol pump tdk tepat,sdh pasti ianya d luar pengetahuan kami. Kebelakangan ini nonie menggunakan RON97 krn dimaklumkan oleh pekerja petrol pump ianya baik untuk enjin. Walaupun agak mahal tp demi kebaikan enjin(itu yg dimaklumkan)nonie pejam mata saje lah. Tp lately ni bila masuk je kreta ni akan berbau petrol yg sangat kuat. Setelah baca entry Mr. Jothmen ni,terfikir jg adakh bau petrol yg sgt kuat tu disbbkn pertukaran petrol dari RON95 ke RON97. Mungkin ada kebenaran kata2 Mr. Jothmen ni.

Jothmen said...

Betul tu Nonie...sekarang ni kadang2 bau petrol kuat sangat bila kita masuk dalam kereta. Semalam (Selasa) ada laporan dalam akhbar yang sebut Timbalan Menteri Pengangkutan berkata kementerian pandang serius mengenai kenderaan terbakar selepas kemalangan dan Kementerian akan buat kajian.

Farina Ariffa said...

akan buat.. harap2 kajian siap sebelum ramai lagi yang meninggal dalam kebakaran.. bukannye sebab eksiden..

Mohamad said...

Jothmen,
Aku baru saja lepas kemalangan... 14 Otober 2010. Nasib baik le tak de apa2 tapi kereta Atos aku banyak juga kena baiki.. syukur.

Jothmen said...

Syukur ..... Moshar tak cedera. Tapi walau apapun pihak berwajib kena buat sesuatu.. Kalau bukan petrol tu yang sebabkan kebakaran tentu ada sebab lain...