Kalau Roboh Kota Melaka....

Kalau roboh Kota Melaka

Papan di Jawa hamba dirikan

Kalau sungguh bagai di kata

Badan dan nyawa hamba berikan


Serangkap pantun lama yang lengkap dengan rima serta bait-bait yang menarik dengan susunan kata-kata ringkas dan tepat. Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran.

Namun begitu entry aku kali ini bukan hendak memperkatakan mengenai pantun dengan panjang lebar sebaliknya foto yang terpapar ini. Foto ini sebenarnya adalah replika sebahagian dari Kota Melaka yang didirikan semula di atas runtuhan asal Kota tersebut. Runtuhan Kota Melaka dan replika yang dibina di atasnya amat besar makna untuk diselami, jika kita mahu menganalisa peristiwa ini.

Kegagalan dan kejayaan dalam hidup boleh diterjemahkan secara simbolik dengan peristiwa ini. Keruntuhan Kota Melaka boleh digambarkan sebagai kegagalan manakala replika yang berdiri tegak di atas runtuhan itu adalah kejayaan yang timbul akibat kegagalan tersebut. Walaupun replika ini dibina selepas beratus tahun runtuhnya Kota asal, namun kerana ada diantara kita faham sejarah, hasilnya anak cucu kini dapat melihat apa yang nenek moyang mereka lihat beratus tahun dahulu.

Kegagalan bukan bermakna membawa natijah buruk dalam hidup. Kita boleh bangkit dari kegagalan asalkan kita sedar serta tahu asal usul dan gunakan kesedaran serta pengetahuan itu untuk mencipta kejayaan. - Jothmen

2 comments:

Radhi Dahlan said...

jothmen... suka pantun tuuuuu...
Betul bagai dikata... kegagalan itu kadangkala adalah titik tolak bagi kejayaan masih menunggu kita untuk kita capai...
(terror jugak aku guna bahas formal! ekekekeekk)

nonie said...

Masa nonie menjadi pemain Ang Klung sekolah, kumpulan kami selalu main lagu "Tre Tek Tek". "kalau roboh kota melaka Tre tek tek..papan di jawa kami sorongkan, tre tek tek". Ang Klung tak boleh main sorang2. "Masa Malam Unggun Api" Perkhemahan Pengakap pun nonie dan cikgu nyanyi lagu ni.