Sekiranya entry terdahulu aku mengutarakan satu simpulan bahasa, namun kali ini aku tidak bercadang untuk menulis mengenai simpulan bahasa lagi walaupun ada idea dan permintaan dari pembaca. Malah ada pembaca yang mengesyorkan topiknya sekali namun aku masih waras untuk membuat pertimbangan. Mungkin lain kali aku akan muncul lagi dengan entry yang panas begitu dan dengan mengambil kira topik yang disyorkan tersebut.
Entry aku kali ini bertajuk 'Senyum Simpul'. Sengaja aku pilih topik ini untuk 'meringankan' kembali blog aku yang sejak akhir-akhir ini terbabas kepada isu-isu yang agak panas walaupun aku cuba 'melembutkannya' dengan olahan ayat aku sendiri.
'Senyum Simpul' bukanlah simpulan bahasa tapi aku rasa ianya adalah satu kata ganda - agaknya lah. Kalau ada guru BM atau bekas guru BM yang membaca entry ini, bolehlah betulkan fakta tersebut sekiranya aku tersilap. Senyum simpul seseorang itu mampu merobek dan mencairkan hati orang lain yang melihatnya. Lihat sahaja foto model cilik di dalam entry ini. Lirikan mata dan ukiran senyumnya pasti menggoda hati setiap orang yang melihatnya. Hmmmm...mungkinkah ukiran senyum begitu yang dikatakan 'Senyum Simpul'? - Jothmen.
6 comments:
hey it's me
bila giliranku pulak :-(
Saya suka entry nie... Dah lama tak dengar orang cakap "Senyum Simpul"
To: Aina. tunggu nanti gambar awak masuk jugak...
didie-tol 2 tol t gmbr dia msok gak. .
Betul tu, nanti masuk lah.
jothmen...ramainya peminat hang no..
Post a Comment