Inilah gambar aku dengan hadiah sebagai murid cemerlang..... Nur Najmina
Outsourcing #01
Inilah gambar aku dengan hadiah sebagai murid cemerlang..... Nur Najmina
Makkal Sakthi
Balai Besar Alor Setar
Foto di kanan adalah Balai Besar, Alor Setar di mana asalnya ia berfungsi sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Ia merupakan sebahagian dari kompleks Istana Kota Setar. Balai ini dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke 19 (1710-1778). Balai Besar pernah digunakan antaranya untuk majlis perkahwinan diraja dan majlis pertabalan. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke 22 (1804-1845) dan diikuti oleh KDYMM Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 20 Februari 1959 ditabalkan di Balai Besar ini.
Ini adalah antara bangunan lama dan mercu tanda yang kaya dengan senibina dan ukiran tradisi yang sepatutnya dieksploitasi sepenuhnya sebagai daya tarikan di Kedah. Walaupun Balai Besar disimbahi dengan lampu dan nampak menarik pada waktu malam tetapi banyak bangunan lama dan mercu tanda di sekitar Alor Setar yang masih 'bergelap' atau tidak cukup terang untuk menyerlahkan keindahannya pada waktu malam.
Wawasan Kedah maju 2010 perlu selari dengan keterampilan ibu negerinya. - Jothmen
Kedah Maju 2010
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!
LENSA KAMERA mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua pengunjung yang dihormati. Sesungguhnya sebagai seorang yang pernah terlibat secara langsung dalam hal ehwal keselamatan negara, hari ulang tahun kemerdekaan ini membawa erti yang tersendiri kepada aku. Bagi kebanyakan orang, 31/8 hanya sekadar angka dan diraikan sakan dengan membeli belah kerana di sana-sini terdapat bermacam-macam tawaran istimewa.1 Barisan

- Kita hendakkan improvement dalam aspek berkaitan diri - merujuk kepada kejayaan dunia dan akhirat.
- Kita hendakkan improvement dalam aspek berkaitan pekerjaan - merujuk kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Ujian Dalam Hati
| UJIAN DALAM HATI | ||
| UJIAN | HATI YANG SAKIT | HATI YANG SIHAT |
| KAYA | SOMBONG | PEMURAH |
| MISKIN | KELUH KESAH | REDA |
| SIHAT | LUPA | SYUKUR |
| SAKIT | GELISAH | SABAR |
| TUA | MERANA | TENANG |
| MUDA | LALAI | BERINGAT |
* Sumber: Majalah Solusi - Panduan Hidup Bersyariat (Isu No. 6)
Kalau Roboh Kota Melaka....
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan
Serangkap pantun lama yang lengkap dengan rima serta bait-bait yang menarik dengan susunan kata-kata ringkas dan tepat. Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran.
Namun begitu entry aku kali ini bukan hendak memperkatakan mengenai pantun dengan panjang lebar sebaliknya foto yang terpapar ini. Foto ini sebenarnya adalah replika sebahagian dari Kota Melaka yang didirikan semula di atas runtuhan asal Kota tersebut. Runtuhan Kota Melaka dan replika yang dibina di atasnya amat besar makna untuk diselami, jika kita mahu menganalisa peristiwa ini.
Kegagalan dan kejayaan dalam hidup boleh diterjemahkan secara simbolik dengan peristiwa ini. Keruntuhan Kota Melaka boleh digambarkan sebagai kegagalan manakala replika yang berdiri tegak di atas runtuhan itu adalah kejayaan yang timbul akibat kegagalan tersebut. Walaupun replika ini dibina selepas beratus tahun runtuhnya Kota asal, namun kerana ada diantara kita faham sejarah, hasilnya anak cucu kini dapat melihat apa yang nenek moyang mereka lihat beratus tahun dahulu.
Kegagalan bukan bermakna membawa natijah buruk dalam hidup. Kita boleh bangkit dari kegagalan asalkan kita sedar serta tahu asal usul dan gunakan kesedaran serta pengetahuan itu untuk mencipta kejayaan. - Jothmen
Kerana Mu Malaysia Maju
Era Baru?
Namun begitu aku tertarik dengan aturan yang terjadi dalam senario politik arus perdana ini. Sekiranya abjad 'RAHMAN' sempena nama PM pertama berjaya menepati ramalan penyandang jawatan PM selepasnya, kini senario yang hampir sama juga seolah-olah akan terjadi. PM sekarang adalah anak kepada Tun Abdul Razak dan senarai kabinetnya turut menampilkan anak kepada Tun Hussien dan anak kepada Tun Dr. Mahathir. Walaupun Mukhriz hanya Timbalan Menteri tetapi kementerian yang didudukinya bukan sebuah kementerian 'kampung'. Kita juga jangan lupa dengan Pak Lah yang walaupun tiada anak didalam kabinet baru ini tetapi beliau juga ada waris yang sedang menapak kukuh dalam dunia politik. Tidak mustahil suatu hari nanti KJ juga akan tersenarai sebagai seorang menteri kabinet.
Sekiranya ramalan aku tepat, senario baru ini mungkin akan menampilkan PM Malaysia seperti berikut, iaitu Najib, ........, Hishamuddin, Mukhriz, ............, ............, KJ. - Jothmen