Imej yang tertera menunjukkan satu barisan tiang lampu yang membarisi sebatang jalan, itulah sebenarnya significant yang tidak terucap pada tajuk entry ini. Secara abstrak, penjelasan kepada tajuk entry dan photo adalah seperti berikut.
Sekiranya rakyat Malaysia sudah mula memahami konsep 1Malaysia, aku akan ketengahkan pula pendekatan 1Barisan. Opppss.... 1Barisan ini tak ada kena mengena dengan politik. Cuma satu pendekatan bagi menghadapi cabaran.
Sebenarnya kita tidak boleh merasa complacent dengan pencapaian kini sebaliknya kita perlu tanamkan tekad untuk menjadi lebih baik dari pencapaian kini. Kita perlu berada dalam 1Barisan untuk membuat improvement. Kita perlu berada dalam 1Barisan untuk mencipta kejayaan dan mencapai kecemerlangan.
Tanamkan iltizam iaitu we want to improve. Kita hendakkan improvement dalam semua aspek yang berkaitan dengan diri dan pekerjaan, umpamanya:-
- Kita hendakkan improvement dalam aspek berkaitan diri - merujuk kepada kejayaan dunia dan akhirat.
- Kita hendakkan improvement dalam aspek berkaitan pekerjaan - merujuk kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Pendekatan 1Barisan menyokong konsep 1Malaysia. Hebat tu. - Jothmen
No comments:
Post a Comment