MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!

LENSA KAMERA mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua pengunjung yang dihormati. Sesungguhnya sebagai seorang yang pernah terlibat secara langsung dalam hal ehwal keselamatan negara, hari ulang tahun kemerdekaan ini membawa erti yang tersendiri kepada aku. Bagi kebanyakan orang, 31/8 hanya sekadar angka dan diraikan sakan dengan membeli belah kerana di sana-sini terdapat bermacam-macam tawaran istimewa.

Setelah 52 tahun merdeka, fokus kita sekarang sepatutnya kepada soalan bagaimana hendak mengisi kemerdekaan itu. Kemerdekaan perlu dijaga dan dikawal agar tiada anasir lain menggugatnya. Sayangnya kebanyakan generasi kini seolah-olah lupa apa itu merdeka dan bagaimana generasi terdahulu berjuang untuk mendapat dan menjaga merdeka itu.

Merdeka bukan sekadar laungan setahun sekali tetapi merdeka itu perlu dihayati dan diamal sepanjang masa. Merdeka minda, merdeka hati dan merdeka tingkah laku. Itulah yang dimaksudkan dengan menjaga dan memelihara kemerdekaan, sekurang-kurangnya itu pendapat aku. MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA. -Jothmen

1 comment:

Anonymous said...

apa salahnya bw fmly pergi shoping..kan nak raya..x salah kan...mungkin itulah cara zaman anak cucu kita yg bakal tiba x lama lagi..semangat kemerdekaan tiada pengisian dan tiada pengertian yg dlm tentangnya...mana nak faham.. maka kitalah yg patut diperslahkan jika itu trjadi...mewarisi apa yg diwariskan...salam kemerdekaan dr sahabat blog anda..merdeka merdeka merdeka...!!!!