Ular Menyusur Akar Tak Akan Hilang Bisanya

Sekiranya dahulu aku muncul dengan entry mengenai satu simpulan bahasa yang berbunyi 'Senyum Simpul', namun kali ini peribahasa 'Ular Menyusur Akar Tak Akan Hilang Bisanya' pula yang menjadi pilihan.

Dalam bahasa yang mudah difahami, peribahasa ini bermaksud orang besar atau pemimpin yang merendah diri tidak akan jatuh martabatnya.

Sebenarnya aku tidak berniat hendak bersikap 'sarcastic' terhadap mana-mana pemimpin. Baru-baru ini semasa menunaikan solat sunat Aidiladha di sebuah Masjid Negeri, mata aku sendiri menyaksikan tingkah seorang pemimpin pilihan rakyat. Dengan langkah mendada berjalan menuju ke tempat solat VIP, tiada langsung tanda hormat yang ditunjukkan kepada golongan marhain yang duduk membarisi saf di tengah masjid, termasuk aku!! Rendahkah martabat pemimpin itu jika menghulurkan tangan untuk bersalam dengan golongan marhain ini? Bukannya aku ghairah sangat hendak bersalam dengannya tetapi bukankah bersalam itu budaya hormat rakyat Malaysia?

Kadang-kadang aku membuat perbandingan nakal antara pemimpin kita dengan pemimpin negara jiran - Thailand. Lihat sahaja bagaimana pemimpin mereka hatta raja sekalipun bersikap merendah diri dan menunjukkan tanda hormat apabila berhadapan dengan rakyat.

Sebenarnya kita tidak perlu menjelajah jauh hingga ke hujung dunia untuk mempelajari nilai-nilai murni ini. Dekat sahaja. Hanya di sebelah sempadan. Jengoklah!!!

Hmmm... itulah yang aku maksudkan dengan peribahasa 'Ular Menyusur Akar Tak Akan Hilang Bisanya'. - Jothmen

2 comments:

Radhi Dahlan said...

Jothmen, orang2(pemimpin) seperti nie, dia lupa bahawa apa yang dia dapat semuanya kerana izin Allah. Saya memang pernah terfikir, kenapa ada orang, sampaikan hendak beribadah pun nak menunjuk2.
Tak rugi kalau kita sentiasa merendah diri tetapi bukan merendahkan diri.

Jothmen said...

Hmmm...hebat falsafah awak ni Didie.