Anda tentu perasan tagline Lensa Kamera yang berbunyi 'Pandangan Menerusi Lensa kamera Memberi Perspektif Yang Berbeza Dari Pandangan Mata. Adakala Tidak Terungkap Dengan Kata-Kata, Adakala Lebih Indah Dari Seribu Bahasa'.
Foto-foto dalam entry ini mungkin boleh menjelaskan maksud tagline itu.
Ketika balik bercuti di kampung baru-baru ini aku mengambil kesempatan meninjau-ninjau sekitar kawasan rumah bagi mencari makhluk-makhluk 'halus' untuk dijadikan sasaran lensa kamera aku. Serangga-serangga kecil ini mungkin tidak menarik perhatian pada pandangan mata kasar tetapi tanpa kita sedari sebenarnya mereka dicipta sebagai makhluk yang menarik, sama ada pada kombinasi warna atau penampilan. Sebagai makhluk yang amat kecil, kajian mengatakan bahawa kombinasi warna atau penampilan itu amat penting sebagai satu teknik pertahanan diri.
Umpamanya serangga di atas yang jika dilihat dengan mata kasar, tiada apa yang istimewa dan menarik padanya. Ia hanya serangga kecil yang amat biasa ditemui di kawasan kampung. Kemungkinan sarang berwarna putih pada daun cempedak itu menempatkan telurnya. Namun bersenjatakan SP90 f2.8, imej yang dihasilkan telah menjangkaui pandangan mata kasar. Ketika melihatnya mengawal sarang, aku tidak nampak dan tidak menyedari terdapat 'duri-duri' pada kakinya dan jaluran menarik pada badannya sehinggalah selepas foto ini diambil. Dengan warna dan penampilan diri sebegini sudah tentu serangga kecil ini kelihatan amat menakutkan pada pandangan serangga lain.
Begitu juga dengan serangga ini yang aku temui sedang bersantai pada sehelai daun mangga. Kenyang agaknya. Inilah rupa bahagian kepala seekor lalat yang amat biasa kita temui.
Manakala imej terakhir dalam entry ini pula adalah titisan embun pada batang buluh madu. Apa yang menarik pada foto ini adalah imej rumah kampung aku yang kelihatan pada titisan embun tersebut. Walaupun foto ini dirakam sekitar jam 8.00 pagi tetapi rimbunan buluh madu tersebut dan pokok-pokok disekelilingnya telah menghalang pancaran terus cahaya matahari dan sekaligus mengekalkan banyak titisan embun untuk aku rakamkan...Jothmen

8 comments:
Salam,
Aku tak lah pandai sangat ttg kamera nie.. tapi bila tengok gambar2 yang cantik2 teruja juga... sejuk mata memandang..
gambar2 semua ni memang lah cantik
ialah nama pun lensa kamera
gambar yg paling aku suka tu ialah
2 imej ter akhir dalm antry ni
cantik sangat
suka
Moshar: gambar2 ni semuanya menggunakan dedicated lens for macro photography
moshar saya pun terkecima tengok gmbr pak din amek nie..dia mmg teror bab kamera.. saya minat tapi tak dak duit nak beli hat mahai2 hehehee moshar p la beli belajar mai dgn din..kat sarawak lagi byk tmpat yg cantek2..menarik saya dah sampai ...mcm sungai2 kraftangan dll...alam semula jadi lagi laaa byk terbentang luas..jom sahut cabar ...
Combination warna yang sangat menarik dan jelas.Gabungan hijau pucuk pisang pada latar, merah keorenan dengan jalur yang sangat halus di kepala, biru hitam dan agak kehijauan pada anggota badan, menjadikan foto serangga spesis lalat ini sangat menarik. Boleh dijadikan gambar buku-buku sains. Foto2 seperti ini yang ditunggu2. TAHNIAH.
Terima kasih Nonie
Ada kalanya apa yang ada di sekeliling kita boleh mencetuskan hasil seni yang baik. Yang pentingnya ada ilmu dan skill. Kedua2 elemen ini boleh mngubah kedudukan sesuatu objek itu menjadi amat menarik. Dan Mr. Jothmen telah membuktikannya. SYABAS.
Terima kasih untuk blog yang menarik
Post a Comment