Masjid Selat |
Ini adalah antara tempat tarikan baru di Melaka - Masjid Selat. Terletak di Pulau Melaka dan setiap kali kunjungan aku ke sini, pasti akan bertembung dengan pengunjung sama ada dari dalam atau luar Melaka.
Namun bagitu kunjungan kali ini agak istimewa kerana pandangan arah hadapan masjid berlatarkan langit biru amat memikat untuk dikongsi bersama dengan pengunjung Lensa Kamera.
Kebetulan ketika kunjungan kali ini, beberapa petugas masjid sedang sibuk membersihkan persekitaran kawasan masjid - persiapan menghadapi Ramadan agaknya.... Oleh itu gelagat pengunjung dengan kamera seperti aku ketika itu sudah tidak lagi menarik perhatian mereka.

Kedudukannya yang menghadap Selat Melaka dan sentiasa menerima tiupan bayu laut menjadikan kawasan Masjid Selat amat sesuai untuk bersantai. Dua buah wakaf di kiri dan kanan masjid yang boleh digunakan oleh pengunjung untuk menikmati bayu laut dan keindahan masjid ini. Senibinanya berbentuk moorish architecture yang sekaligus berbeza dari rekabentuk masjid-masjid lain di Melaka. Mungkin itu salah satu kelebihan masjid ini dan dengan siapnya Arab City bersebelahannya nanti, aku pasti Pulau Melaka akan berubah wajah dan menjadi lebih 'hidup'. - Jothmen
No comments:
Post a Comment