Car Light Trails |
Car Light Trails merupakan satu teknik fotografi yang boleh dihasilkan apabila kita memperlahankan kelajuan shutter yang sekaligus menampakkan imej jaluran cahaya yang memanjang.
Foto dalam entry ini diambil menggunakan teknik slow shutter speed tersebut pada setting exposure 30 sec, aperture f22.
Sebenarnya teknik yang sama juga boleh digunakan untuk star trails photography bagi memperlihatkan pergerakan bintang di langit yang tidak kelihatan pada mata kasar. Namun begitu kelajuan shutter bagi star trails photography perlu diperlahankan lebih lama, malah ada sehingga 8-10 minit atau lebih. Dengan cara ini kamera akan dapat merakam pergerakan bintang yang tidak kelihatan dengan mata kasar. Menarik bukan? Selain dari itu, kelajuan shutter yang diperlahankan ini juga boleh digunakan untuk light painting photography.

Aku akan cuba mendapatkan imej-imej yang menarik bagi kedua-dua teknik ini kerana ianya tidak boleh dihasilkan sembarangan. Paling penting - persekitaran perlu gelap! - Jothmen