Alya Nur Zahra

Alhamdulillah .... dengan izinNya dia hadir lebih awal.... juga diluar jangkaan.

Hari ketiga dan keadaan masih tak stabil. Kurang aktif tidak seperti hari sebelumnya. Penjelasan semua orang yang merawat - jantung lemah berbanding sebelumnya dan dua tiga sebab lain. Itu penjelasan yang diberi..... Aku juga pantau skrin komputer.... semua bacaan nombor jelas dipapar, turun dan naik....memang nampak tidak stabil, dan paparan bacaan yang lebih rendah dari hari sebelumnya. Mungkin juga benar penjelasan yang diberi.

Aku paksa diri untuk faham dengan cepat semua fungsi alat bantuan yang ada.... dan juga bacaan di skrin komputer supaya tahu semua perkembangan yang berlaku. Kebolehan memahami fungsi semua alat bantuan dan 'membaca' paparan di skrin.... walau dalam masa singkat mendapat penerangan doktor, agak mengkagumkan semua pihak yang merawat.

(Alya Nur Zahra - 3 hari)
Itulah....benar kata orang ....jika terdesak, kita pasti lakukan sendiri.....setakat yang termampu. Bukan tak yakin dangan bantuan yang diberi tapi lebih puas rasanya jika faham keadaan atas kemampuan sendiri. Jothmen

4 comments:

Anonymous said...

salam jothmen..
kalian dapat ahli keluarga baru ker... tahniah laa..
apapun itu ujian dr ALLAH SWT.. sebab faktor umur mgkin juga..
sedih juga sahabat blog.. 3 tahun lepas ketika shbt blog keguguran 3bulan kerana faktor usia yg menjakgau 42thn..
mari kita sama2 berdoa agar anak ini akakn sihat segera. amin..

Radhi Dahlan said...

Jothmen, saya doakan yang baik-baik untuk baby nie. Ari tu, tgk video tu, memang Alya nampak ada potensi untuk "membesar". Insya Allah... dengan izin mesti okay semua.
Mak saya pernah cakap, biler kita ada masalah/penyakit itu bermakna Allah nak kita ikhtiar sebab semua tu dugaan. :)

Unknown said...

Salam, bila baca post ni, perasaan bercampur campur;gembira, sedih dan pasrah dgn berita....

Tapi bila lihat dgn mata hati,tersedar bahawa Allah itu Al-Hafiz (Yg Maha Memelihara), Al-Mu'id (Yg Maha Mengembali serta Memulihkan)dan As-Sabur (Yg Maha Penyabar)...maka hilang lah perasaan pelbagai yang bermain di kepala...hanya tinggal satu perasaan;bersyukur atas anugerah kelahiran itu...

Tiada nasihat yang terbaik selain dari mengingati dan memohon belas ehsan dari-Nya....moga Dia mendengar, moga Dia mengasihani, moga Dia mengkabulkan....

Sahabat & Adikmu....Azhar

Jothmen said...

Terima kasih my bro.