'Sokong Membawa Rebah' adalah kata-kata orang Melayu yang amat elok untuk dibuat renungan dengan situasi pemimpin ini. Aku tak pasti sama ada kata-kata itu merupakan satu peribahasa, kata bidalan, perumpamaan atau simpulan bahasa. Atau mungkin juga bukan dari kelompok itu. Namun dalam sejarah hidup aku, kata-kata itu acap kali telah aku dengar. Semuanya merujuk kepada keadaan seperti yang dihadapi oleh pemimpin ini.
Aku bukannya nak komen lebih-lebih tapi sekadar memberi peringatan bahawa orang-orang di sekeliling kita berupaya menjulang dan juga mampu menjatuhkan kita. Keadaan ini bukan sahaja dalam politik malah di pejabat! Moral dari kisah ini adalah HATI-HATI. Manis mulut, lembut tindakan dan sorak menjulang belum tentu mampu menjadi madu dan penawar.
Dalam kes pemimpin ini, berdasarkan penemuan Lembaga Disiplin, masalah yang dihadapinya berpunca dari orang-orang kepercayaan yang berada di sekelilingnya. Mungkin betul pemimpin ini tidak melakukannya tetapi orang kepercayaannya yang 'melanggar etika parti' (memetik kata Lembaga Disiplin).
Walau apa pun, aku ucapkan tahniah dan syabas kepada sahabat aku yang bertungkus lumus membanteras perbuatan 'langgar etika parti' seperti ini. Syabas bro. Tingkatkan lagi usaha membanteras perbuatan 'langgar etika parti' yang amat bermaharajalela termasuk di peringkat akar umbi. - Jothmen.
Sumber foto: Berita Harian 19/3/09

4 comments:
SOKONG MEMBAWA REBAH? rasanya rebah tu...reba... cuba tanya org lama....reba tu macam halangan. kalau rebah tu...maksudnya jatuh... saya nak tahu mana satu maksud tajuk yg cuba en jothmen sampaikan.. maafya kalau saya tersilap. pawang moden.
Yang betulnya adalah 'rebah'. 'Rebah' ni maksudnya jatuh, tumbang, terbalik atau terbongkaih.
This can give thousand meaning to everybody in our life. This not only meant for political ppl but its also meaningful & useful to everybody. Not everyone around us having the same vision after being an enemy to us. Someone can be our lover when we are useful for each other BUT can be the knife to step yr back when he or she have accomplished his or her mission.
Hmmmmm.. agreed!!!
Sound familiar...
Post a Comment