Gambar Malam


Anda tentu masih ingat mengenai minat serta kecenderongan aku kepada night photography dan mengenai kebanyakan koleksi foto aku yang tergolong dalam genre ini. Nah, sekali lagi aku paparkan salah satu dari koleksi tersebut.

Foto ini diambil dengan mode manual (M) pada setting berikut: Shutter speed 4.5", ISO 100, Aperture 11. Kelebihan mode 'M' adalah ianya memberikan kita kebebasan untuk 'bermain' dengan shutter speed, ISO dan Aperture. Inilah hasilnya setting yang digunakan untuk merakam foto seperti yang kelihatan di dalam entry ini. Sekiranya kita menggunakan mode auto atau mode night photo (bagi sesetengah model kamera), imej yang dirakam akan nampak muram dan kusam serta kesan cahaya yang tidak 'hidup'. Kalau tak percaya, cubalah.

Satu lagi, apabila shutter speed diperlahankan, pastikan anda menggunakan tripod supaya kamera anda tetap steady sehingga tingkap lensa tertutup sepenuhnya.

Sebenarnya dalam bidang fotografi, soal kamera 'mahal atau murah' bukanlah isu utama. Isunya adalah ilmu yang dimiliki oleh jurufoto tersebut. Di tangan seorang jurufoto yang berilmu dan mahir, kamera cap ayam sekalipun tetap mampu menghasilkan imej yang memukau pandangan mata. Itulah yang menjadikan aku begitu cemburu bila menatap foto-foto hasil kerja pakar yang berilmu tersebut- Jothmen

Foto ini juga boleh dilihat di sini

6 comments:

Radhi Dahlan said...

Jothmen, kena beli tripod la nie ek? Tak jadilah nak beli DSLR [yelah tu Didie! padahal dah fikir nak beli yang mana satu].

Anonymous said...

Saya memang terpegun dgn semua gambar2 yg Mr. Jothmen ambil ni. Mempunyai kualiti yang sangat tinggi.

Rafi said...

good shot of Melaka river dengan gondola ! you org melaka ke?

Jothmen said...

Saya asai Kedah tapi dok Melaka.

Anonymous said...

kwang kwang kwang nasib baik mengaku org kedah .....kalu tidak aku saman hang....

Anonymous said...

KEDAH KA, MELAKA KA SAMAJA. TAK PAYAH DOK SAMAN-SAMAN.