Bebas

Pagi tadi ketika sedang membersihkan kamera, tiba-tiba telinga terdengar kicauan dan mata terpandang makhluk yang cantik ini tidak jauh dari tempat duduk aku.  Segera aku mempersiapkan kamera dan taraaa.... Sekelip mata imejnya tersimpan di dalam kamera aku.
 
Burung Merbok merupakan salah satu daripada haiwan yang dilindungi di Malaysia yang mana memerlukan lesen khas untuk memburu dan membelanya.  Dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Zebra Dove (Geopelia Striata), iaitu dalam keluarga Dove, Columbidea, merupakan burung asal yang terdapat di Asia Tenggara.
 
Burung yang aku 'tangkap' ini bebas terbang ke sana sini, bebas berkicau dengan suara merdu yang pasti menggoda pencintanya.  Dalam masa yang sama terdapat banyak saudaranya yang terperangkap, terkurung, tidak bebas bergerak ke sana sini meskipun bersuara lebih merdu darinya.  Kesian. Apakah hak kita menyekat kebebasan makhluk ciptaan-Nya ini? - Jothmen